TENTANG KAMI

Teman perjalanan umrah anda.

Durrah Travel ditubuhkan pada tahun 2026 dengan komitmen memberi pengalaman umrah yang selesa, teratur dan bermakna.

Dengan gabungan pengalaman, komitmen dan semangat untuk berkhidmat, kami berusaha menjadi teman perjalanan yang dipercayai dalam setiap langkah ibadah anda.

Durrah Travel — Menemani Perjalanan Ibadah Anda Dengan Penuh Keikhlasan.

LATAR BELAKANG DURRAH TRAVEL

Walaupun Durrah Travel merupakan sebuah syarikat yang baru diperkenalkan, kekuatan sebenar kami terletak pada pengalaman dan kepakaran pasukan di belakangnya. Barisan pengarah, mutawwif serta tenaga pengurusan kami terdiri daripada individu yang telah lama terlibat dalam industri umrah dan mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan perjalanan serta kebajikan jemaah.

Kami percaya bahawa setiap jemaah berhak menerima layanan yang terbaik sepanjang perjalanan menuju Tanah Suci. Oleh itu, Durrah Travel sentiasa menitikberatkan aspek pengurusan yang teratur, bimbingan ibadah yang jelas serta keselesaan para jemaah dari awal perjalanan sehingga pulang ke tanah air.

VISI KAMI

Menjadi penyedia perkhidmatan umrah yang dipercayai, mesra & mampu milik, agar lebih ramai umat Islam dapat menunaikan panggilan Baitullah dengan tenang, selesa & penuh makna.

MISI KAMI

  • Memudahkan perjalanan ibadah dengan pakej umrah yang lengkap, telus & berpatutan.
  • Mengutamakan pengalaman jemaah dengan fasiliti yang selesa & mutawwif berpengalaman.
  • Membuka peluang lebih luas kepada semua lapisan masyarakat, termasuk golongan B40, untuk menunaikan umrah.

PASUKAN KAMI

Berpengalaman, profesional & dedikasi.

Encik Zulzamri

Encik Zulzamri

Chief Executive Officer

Encik Hakemey

Encik Hakemey

Chief Executive Officer

Encik Nasir

Encik Nasir

Chief Executive Officer

Encik Zulkifli

Encik Zulkifli

Chief Operating Officer

Puan Wan Marzuriana

Puan Wan Marzuriana

Admin & Sales Executive

Puan Azlin

Puan Azlin

Business Operation & Support

Puan Elly

Puan Elly

Strategic Advisor

Puan Sarah

Puan Sarah

Creative & Visual Designer

Ustz Jundulloh

Ustz Jundulloh

Mutawwif

Ustz Ruslan

Ustz Ruslan

Mutawwif

Encik Dr. Hashim

Encik Dr. Hashim

Mutawwif

Encik Luqman

Encik Luqman

Mutawwif

PELUANG KERJAYA

SERTAI KAMI SEBAGAI EJEN DURRAH TRAVEL!

Durrah Travel sedang mencari rakan strategik yang bersemangat dan ingin menjana pendapatan bersama kami dalam industri umrah yang penuh keberkatan.

KENAPA JADI EJEN KAMI?

Komisen menarik
Latihan & bimbingan disediakan
Sokongan dari pasukan
Bahan promosi disediakan

JOM BINA PENDAPATAN BERSAMA KAMI

Daftar sekarang atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Hubungi kami di sini