SOALAN LAZIM

Dapatkan jawapan kepada soalan yang sering ditanya oleh jemaah kami.

KAMI DI SINI UNTUK MEMBANTU

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya mengenai pakej umrah dan perkhidmatan kami.

1 Berapa harga pakej umrah?

Harga bergantung pada musim, jenis bilik (quad/triple/double), serta tarikh penerbangan. Sila hubungi admin untuk senarai harga terkini.

2 Apa beza harga bilik (quad/triple/double)?
  • Quad (4 orang/bilik): Harga lebih jimat.
  • Triple (3 orang/bilik): Lebih selesa dengan ruang tambahan.
  • Double (2 orang/bilik): Paling selesa & privasi, harga lebih tinggi.
3 Hotel dekat dengan Masjidil Haram / Masjid Nabawi ke?

Ya, Durrah Travel hanya sediakan hotel berdekatan untuk memudahkan jemaah beribadah.

4 Berapa lama tempoh perjalanan?

Kebiasaannya 9–12 hari, bergantung pada pakej yang dipilih.

5 Penerbangan guna syarikat apa?

Mengikut jadual semasa. Biasanya direct flight (tanpa transit) bagi memudahkan jemaah.

6 Visa & insurans termasuk dalam pakej?

Ya, kedua-duanya termasuk dalam harga pakej.

7 Makanan disediakan berapa kali sehari?

Bergantung pada pakej umrah yang diambil. Kebanyakan adalah 3 kali sehari, dengan menu citarasa Asia.

8 Mutawwif ikut sekali sepanjang perjalanan ke?

Ya, mutawwif berpengalaman akan membimbing jemaah sepanjang perjalanan umrah.

9 Berapa kali boleh buat umrah di Makkah?

Sekurang-kurangnya 2 kali (bergantung pada masa & kesihatan jemaah).

10 Ada ziarah Madinah & Makkah sekali dalam pakej?

Ya, lebih 15 lokasi ziarah termasuk tempat bersejarah di Madinah & Makkah.

11 Umur minimum boleh pergi?

Kanak-kanak boleh ikut, tetapi ditemani penjaga. Tiada had umur maksimum selagi sihat & mampu mengerjakan ibadah.

12 Adakah ada kursus umrah sebelum berangkat?

Ya, Durrah Travel sediakan kursus umrah untuk membimbing jemaah sebelum berlepas.

13 Boleh pilih tarikh sendiri atau ikut tarikh tetap agensi?

Biasanya ikut tarikh yang Durrah Travel tetapkan, tetapi ada juga tarikh pilihan khas (private group).

14 Kalau batal, deposit hangus ke boleh refund?

Deposit tidak boleh refund, tapi boleh pindah ke tarikh lain atau tukar nama (ikut syarat & tempoh masa).

15 Boleh tukar nama peserta kalau tak jadi pergi?

Ya, boleh tukar nama sebelum urusan tiket & visa diproses.

16 Apa yang termasuk dalam harga pakej?

Tiket penerbangan, visa, hotel, makan & minum, pengangkutan, insurans & bimbingan mutawwif.

17 Apa yang tidak termasuk dalam harga pakej?

Perbelanjaan peribadi, lebihan bagasi, dan kos tambahan lain di luar itinerary.

18 Bagaimana cara nak booking pakej umrah dengan Durrah Travel?

Mudah saja! Hubungi admin Durrah Travel pada nombor yang tertera untuk tempahan slot dengan deposit serendah RM500 atau RM1,000.

19 Apa syarat untuk daftar (dokumen diperlukan)?
  • Passport sah 6 bulan.
  • 4 keping gambar berukuran passport (background putih).
  • Salinan IC.
  • Buku vaksin (jika diperlukan).

Masih ada soalan?

Hubungi kami dan team kami sedia membantu anda dengan sepenuh hati.

Hubungi kami sekarang